Dasar Privasi — P Solat
Kemas kini terakhir: 8 Oktober 2026
P Solat ("aplikasi") dibangunkan oleh Mahligai Seni untuk memaparkan waktu solat Malaysia, azan, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan, di Android dan iPhone.
Data yang kami kumpul
Tiada data peribadi. Aplikasi ini tidak mengumpul, menyimpan di pelayan, menjual atau berkongsi sebarang data peribadi. Tiada akaun, tiada log masuk, tiada analitik, tiada iklan.
Kebenaran yang digunakan
Lokasi (GPS) — digunakan semasa aplikasi dibuka sahaja untuk: (1) menentukan zon waktu solat JAKIM anda, (2) mengira arah kiblat, (3) mencari masjid berdekatan. Koordinat tidak disimpan di mana-mana pelayan kami (kami tiada pelayan).
Notifikasi, penggera & alarm — untuk membunyikan azan dan alarm Qiamullail pada masa yang tepat (termasuk "Mod Alarm" di iPhone, yang berbunyi walaupun telefon dalam mod senyap).
Perkhidmatan pihak ketiga
Untuk berfungsi, aplikasi menghantar koordinat lokasi sahaja (tanpa sebarang identiti) kepada perkhidmatan awam berikut:
- waktusolat.app — mendapatkan waktu solat rasmi JAKIM bagi zon anda
- OpenStreetMap (Nominatim & Overpass) — nama lokasi dan senarai masjid berdekatan
- Google Maps — dibuka hanya apabila anda memilih navigasi ke masjid
Perkhidmatan tersebut tertakluk kepada dasar privasi masing-masing.
Data kanak-kanak
Aplikasi sesuai untuk semua umur dan tidak mengumpul data daripada sesiapa, termasuk kanak-kanak.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan: [email protected]